Hari ini nak kongsi resepi makanan kegemaran iaitu KEK KUKUS CREAM O CHEESE
Bahan - bahan untuk alas bawah:
30 keping biskut cream o ( buang cream tengah )- kisar halus
1/4 cawan butter
Cara - cara membuatnya:
1. Butter dicairkan dan dicampurkan bersama cream o.
2. Padatkat ke dalam loyang
3. Simpan sebentar ke dalam peti sejuk.
Bahan -bahan untuk kek cheese:
250 gm cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 sudu besar jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan cream o( dikisar halus )
Tepung kastard
Cara -cara membuatnya
1.Pukul cream cheese bersama gula, setelah gula hancur masukkan telur satu persatu.
2.Setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit lemon.
3.kacau hingga sebati, masukkan 1 cawan cream o yang dikisar tadi,kacau sebati.
4.Masukkan ke dalam loyang.
5.kukus selama 1 jam.
Nikmat Syurga Untuk Wanita Solehah
Jika Lelaki Soleh Mendapat Bidadari Di Syurga, Maka Wanita Solehah
Mendapat Apa di Syurga? Kita sering mendengar tentang lelaki mendapat
bidadari di syurga, lalu wanita dapat apa?
Setiap manusia tentu mempunyai harapan terbaik tentang nantinya
setelah ia mati, iaitu menginginkan tempat yang paling indah, mendapat
kebahagiaan kekal dan kenikmatan yang tidak ada habisnya. Tentu manusia
boleh berharap dan bertujuan seperti itu kerana memang syurga Allah SWT
sangat indah dan itulah alasan mengapa manusia dalam hidupnya
mengamalkan perbuatan baik dan beribadah dengan taat agar boleh mencapai
syurga nantinya di hari akhirat. Lalu, kalau bidadari syurga adalah apa
yang akan di perolehi oleh lelaki, yang menjadi pertanyaan adakah
wanita akan mendapat juga kenikmatan tersebut?
Penyiksaan api neraka tentu menjadi hal yang dijauhi oleh manusia
manapun kerana mereka tidak akan mahu terjerumus ke tempat itu, tapi
memang disayangkan kerana kebanyakan manusia hanya ingin masuk syurga
dan berangan-angan tanpa benar-benar menjalankan ibadah dengan baik.
Beramal soleh pun tidak, dan malah menempuh jalan yang tidak sesuai
dengan perintah Allah SWT sehingga pada akhirnya tujuan akhir adalah
neraka. Syurga bukan untuk orang-orang sembarangan, syurga adalah
ganjaran bagi hamba-hamba Allah yang selama hidupnya beriman dan
bertakwa di mana larangan Allah dijauhi dan segala perintah-Nya
dipatuhi.
Perihal lelaki dapat bidadari di syurga dan apa yang akan di perolehi
oleh wanita solehah?, Ramai sekali yang menanyakannya. Ketika seorang
muslim yang beriman dan hidup benar di dunia, saat meninggal ia pun
boleh masuk syurga yang berhiaskan sunga-sungai, beraneka ragam
buah-buahan yang disukai,manusia, kebun yang cantik, istana yang terbuat
dari emas dan mutiara menujukkan kemegahannya yang di mana di dalamnya
ada permadani, bantal dan tempat tidur yang dari permata dan emas. Alam
syurgalah yang paling indah dan tidak ada tempat yang dapat
menandinginya.
Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran di jelaskan oleh Allah SWT bahawa
di dalam syurga bakal ada bidadari-bidadari cantik yang menjadi isteri
para kaum Adam Lelaki mendapatkan bidadari di ciptakan oleh Allah SWT
secara langsung tidak pernah di sentuh oeh manusia dan jin.
Mereka adalah yang dimuliakan dan di dalam syurga ada banyak
kenikmatan yang boleh dinikmati di atas tahta kebesaran dan kepada
mereka bakal diedarkan gelas yang sudah diisi khamar dari sungai yang
mengalir. Warna khamar adalah putih dan rasanya sedap. Di sisi mereka
akan ada bidadari-bidadari yang memiliki mata jelita seolah mereka
merupakan telur burung unta yang dengan baik tersimpan.
Disebutkan oleh Allah SWT bahawa nanti di syurga akan ada bidadari
bermata jeli dengan rupa cantik sebagai ganjaran bagi orang-orang yang
beriman supaya anak-anak Adam boleh dengan semangat beribadah kepada
Allah dan hidup makin soleh di dunia meski penuh dugaan dan ujian.
Para wanita mendapatkan apa di syurga kelak? Wanita diciptakan dengan
sifat pemalunya maka dengan begitu, kaum hawa tidaklah didorong oleh
Allah SWT untuk beramal soleh dengan menyebutkan ganjaran yang akan
membuat para wanita ini merasa malu ketika mendengar atau membacanya.
Namun, bukan bererti para wanita solehah tidak akan mendapatkan ganjaran
apapun. Bagi yang sudah berkahwin di dunia tapi si suami masuk neraka,
atau wanita solehah yang tidak berkahwin maka kelak di syurga mereka
akan mendapat pasangan laki-laki romantis, tampan dan perkasa , di
pertemukan dengan lelaki bujang ahli syurga atau lelaki soleh ahli
syurga yang mana isterinya ahli neraka.
Secantik-cantiknya bidadari di syurga, tetaplah lebih cantik para
wanita solehah yang selama di dunia hidup dengan amal soleh, melakukan
ketaatan dan ibadah yang dilakukan selama masih hidup di dunia. Jadi,
lelaki mendapat bidadari di syurga, lalu wanita solehah akan di
pertemukan dengan lelaki ahli syurga yang belum berkahwin atau lelaki
ahli syurga yang masuk syurga tanpa isterinya kerana isterinya masuk
neraka. Wallahu a’lam.
Sumber: Islam Itu Indah
Sumber: Islam Itu Indah
Catatan Perkenalan
Ini merupakan kali pertama saya membina blog. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan di ruang siber yang serba canggih ini.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)